Jumat, 31 Januari 2014

Gara Gara Dikejar Harimau 5 Lelaki Terperangkap Atas Pokok

Harimau

Banda Aceh – Lima lelaki terperangkap di atas pokok sejak tiga hari lalu selepas dikejar oleh beberapa ekor harimau Sumatera.
Seorang rakan mereka mati dibaham haiwan berkenaan.
Polis berkata, lima harimau masih berada di bawah pokok itu selepas mengejar lelaki berkenaan Khamis lalu.
Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang mencari kayu gaharu di Taman Negara Hutan Leuser di puncak Sungai Rengas, Tenggulun, kawasan Aceh Tamiang, membunuh seekor anak harimau secara tidak sengaja.
Konflik antara manusia dengan haiwan semakin menjadi-jadi di Indonesia.
Tetapi, dalam kebanyakan kes, ia berakhir dengan padah menimpa haiwan terbabit.
Ketua Polis Tamiang, Dicky Sondani berkata, selain mencari gaharu, lelaki berkenaan turut memasang perangkap untuk menangkap rusa tetapi secara tidak sengaja memerangkap anak harimau berkenaan.
Harimau dewasa itu menyerang keenam-enam lelaki terbabit dan membaham seorang daripada mereka yang dikenali sebagai David. Lima yang lain – Adi Susilo, Mujiono, Budi Setiawan, Suriadi dan Awaludin – menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata Dicky.
Menurutnya, 30 orang terdiri daripada polis dan tentera sudah melancarkan gerakan menyelamat mangsa kelmarin selepas dia dan tiga anggotanya terpaksa berpatah balik setelah melihat harimau itu.
Dicky juga berkata, usaha untuk mendapatkan khidmat pawang harimau sehingga semalam masih belum bertinjauan.
Anggota penyelamat mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari untuk tiba di kawasan terbabit. Lebih buruk lagi, mereka juga terpaksa berdepan dengan harimau dan binatang liar lain, termasuk gajah.
Harimau Sumatera adalah harimau paling kecil di dunia. Hanya 400 hingga 500 ekor dipercayai masih hidup.
“Jika harimau itu masih berada di bawah pokok, kami mungkin terpaksa menembak mereka, paling tidak dengan ubat pelali, untuk menyelamatkan kelima-lima mangsa,” kata Dicky. – Agensi
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Apakah Yang Terjadi Jika Bumi Berhenti Berotasi

Apakah Yang Terjadi Jika Bumi Berhenti Berotasi - Seperti yang telah kita ketahui bahwa bumi kita ini selalu berotasi. Tidak pernah lelah dan tidak pernah bosan bumi kita berotasi supaya siklus kehidupan terus berjalan. Namun apa jadinya jika seandainya bumi kita ini berhenti berotasi 1 detik saja?

Sekedar perhitungan, keliling bumi di katulistiwa adalah 40.000 kilometer, sedangkan untuk satu kali rotasi diperlukan waktu 24 jam. Dengan demikian, kelajuan rotasi di Katulistiwa adalah v = 40.000 km / 24 jam = 1.667 km/jam atau 463 m/s. Karena kita berada di atas permukaan bumi, maka laju gerak melingkar kita sama dengan laju rotasi bumi, yaitu 463 m/s.


Jika bumi berhenti berputar secara mendadak, atmosfir masih akan bergerak dengan kecepatan diatas (1.667 km/jam). Atmosfir akan bergerak sangat cepat, sehingga akan menerbangkan daratan, daratan di sini adalah batu, tanah, pohon, bangunan, manusia dan binatang. Semua akan diterbangkan kedalam lapisan atmosfir itu sendiri..

Dan inilah jawabanya setelah bumi benar-benar berhenti berotasi :
1. Gravitasi yg dirasakan manusia meningkat puluhan kali lipat. Soalnya sebelumnya permukaan bumi itu berputar dengan kecepatan tinggi sehingga yg ada dipermukaanya mengalami gaya sentripetal yang melawan gaya gravitasi. (ini saja sudah cukup utk membunuh semua manusia)

2. Kemungkinan, semua area magnetik akan hilang, sehingga akan banyak sekali peralatan elektronik yg tidak lagi bekerja.

3. Setengah bumi yg tersinari matahari terus akan menjadi sangat panas, dan bagian yg malam terus akan menjadi sangat dingin, meskipun tentunya hal ini akan membuat air samudra dan angin berputar mengelilingi bumi krn perbedaan tekanan udara (bagian yg panas tekanan udaranya lebih rendah daripada bagian yg dingin).

4. Kalo bumi hanya berhenti berotasi dan tidak berhenti berevolusi mengelilingi matahari, itu artinya satu hari = satu tahun. Soalnya bagian yg disinari matahari akan tergantung dari posisi revolusi bumi. (kalo salah satu bagian bumi terkena matahari selamanya, artinya bumi masih berotasi dong, hanya saja rotasinya setara dengan revolusinya).
Read More..

Rabu, 29 Januari 2014

Buaya besar tersadai di tebing sungai

KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.
Foto
Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.

“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya.

“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya.
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Wanita terperangkap 16 hari dalam telaga

19 Sep 2013

Beijing: Seorang wanita yang terperangkap selama 16 hari dalam telaga tinggal di tengah China semalam mengatakan dia bergantung kepada jagung mentah dan air hujan sepanjang tempoh itu sebelum diselamatkan.
Su Qixiu, 48, berkata dia menjerit meminta tolong setiap hari tetapi mulai putus asa apabila tiada sesiapa datang untuk membantunya. Su, sibuk mengumpulkan herba ketika dia terjatuh ke perigi sedalam empat meter itu di kampung di Henan pada 1 September lalu.

Suami dan anaknya gagal mencarinya tetapi dia kemudian ditemui penduduk kampung yang melalui perigi itu Isnin lalu.
Disebabkan insiden itu berat badan Su menyusut 15 menjadi kira-kira 45 kilogram ketika ini.

Menurut Su, dia berjalan melalui kebun jagung tetapi tidak nampak laluan di situ dengan jelas sebelum terjatuh ke dalam perigi itu. “Saya makan jagung mentah. Ada beberapa hari hujan turun dan saya minum air hujan tetapi sedikit saja,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi
Read More..

Suami Frust ! Isteri Jatuh Cinta sama PENGKID


SALIM menunjukkan laporan polis dan poster kehilangan isterinya yang dilarikan pengkid.
Ipoh: Seorang lelaki hampir ‘hilang akal’ apabila isteri dikahwininya sejak 20 tahun lalu lari meninggalkan rumah selepas jatuh cinta dengan seorang pengkid sejak Jun lalu.
Salim Sopian, 40, mendakwa isterinya, Noor Ain, 39, meninggalkan keluarga selepas bertemu wanita pengkid dikenali sebagai Wan, 32, ketika menyertai lawatan kerja di kilang di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu. 
Akibat percintaan songsang berkenaan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun turut terabai. 

Salim berkata, perubahan sikap isterinya itu dikesan sejurus pengkid terbabit berpindah ke Ipoh untuk mencari pekerjaan.
“Apa yang menghairankan apabila pengkid itu memilih bekerja di kilang sama dengan isteri saya. Pada awalnya saya tidak terlalu memikirkan perkara itu.
sumber:


Read More..