Rabu, 01 Januari 2014

Wanita terperangkap 16 hari dalam telaga

19 Sep 2013

Beijing: Seorang wanita yang terperangkap selama 16 hari dalam telaga tinggal di tengah China semalam mengatakan dia bergantung kepada jagung mentah dan air hujan sepanjang tempoh itu sebelum diselamatkan.
Su Qixiu, 48, berkata dia menjerit meminta tolong setiap hari tetapi mulai putus asa apabila tiada sesiapa datang untuk membantunya. Su, sibuk mengumpulkan herba ketika dia terjatuh ke perigi sedalam empat meter itu di kampung di Henan pada 1 September lalu.

Suami dan anaknya gagal mencarinya tetapi dia kemudian ditemui penduduk kampung yang melalui perigi itu Isnin lalu.
Disebabkan insiden itu berat badan Su menyusut 15 menjadi kira-kira 45 kilogram ketika ini.

Menurut Su, dia berjalan melalui kebun jagung tetapi tidak nampak laluan di situ dengan jelas sebelum terjatuh ke dalam perigi itu. “Saya makan jagung mentah. Ada beberapa hari hujan turun dan saya minum air hujan tetapi sedikit saja,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar