Kamis, 19 Desember 2013

Kisah budak nakal kini menjadi bos DAP Sarawak

OLEH RITA JONG
August 25, 2013

 
Chong dahulunya budak nakal. Kini merupakan bos DAP Sarawak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013. 
Chong dahulunya budak nakal. Kini merupakan bos DAP Sarawak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.Chong Chieng Jen dikenali baru-baru ini sebagai orang yang mendakwa kejadian tembakan berlaku baru-baru ini sebagai satu drama Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO).

Chong, 42, merupakan Pengerusi DAP Sarawak yang mengambil alih jawatan itu daripada penyandangnya Wong Ho Leng atas sebab kesihatan. Beliau turut lantang mendedahkan dakwaan rasuah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
"Saya tiada cita-cita semasa kecil dahulu. Saya seperti ahli politik bidan terjun yang tidak diberi pilihan," katanya.


 Beliau tertawa apabila menceritakan bagaimana beliau boleh terjebak ke kancah politik semasa pertemuan di antara pemimpin parti Lim Kit Siang dan bapanya yang turut terlibat dalam arena politik.

"Saya berusia 28 tahun semasa Lim berjumpa ayah. Lim ketinggalan pesawat ke Sibu jadi saya dan ayah bertemunya di sebuah hotel di Kuching.

"Mereka berbual sehingga jam 3 pagi dan pada akhir perbualan saya berasa minat dalam arena politik tanpa dipaksa.
"Saya tidak pernah berbicara tentang politik sebelum itu. Saya juga tidak terlibat dengan persatuan pelajar ketika itu dan tidak menyertai unit beruniform. Malah politik merupakan bahagian terakhir yang saya baca di surat khabar.

Bapa kepada tiga orang ini mendapati politik bukanlah sesuatu yang buruk tetapi bidang yang memberi peluang berjumpa masyarakat dan membetulkan perkara yang tidak kena dalam masyarakat.
"Saya bukanlah pelajar pintar di sekolah malah pernah terlibat dalam pergaduhan.

Beliau menuntut di Sekolah Menengah St Patrick dan ke Kolej Victoria di Singapura sebelum melanjutkan ke peringkat ijazah di Unversiti Kebangsaan Australia di Canberra.

Beliau mendapat dua ijazah iaitu dalam bidang undang-undang dan perdagangan.
"Saya gemar melepak bersama rakan-rakan di hostel malah sewaktu zaman universiti di Singapura beliau gemar berjaga malam dan menghabiskan masa di kelab malam.
"Saya tahu pendidikan adalah penting dan saya akan pastikan saya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya pernah berhasrat unruk menjadi seorang peguam kerana ayah juga berada dalam bidang itu sambil brrhasrat menyambung perniagaan keluarga."

Beliau dilahirkan di Kuching dan berpindah ke Sibu hingga berumur 9 tahun sebelum kembali ke Kuching kembali.  Bapa Chong, Siew Chiang, 74, masih merupakan seorang peguam dan ahli jawatankuasa negeri DAP. Ibunya, Sim Yaw Sik, 70, membantu ayahnya di firma guaman.

Beliau mempunyai seorang kakak yang bekerja sebagai akauntan di Kuching dan seorang adik perempuan yang telah berkahwin dan menetap di Melbourne.

"Saya berjumpa dengan isteri Grace Tan sewaktu dia bekerja di pejabat ayah saya. Dia juga seorang peguam. Jadi saya memang tak pergi jauh," katanya sambil tertawa mengenang peristiwa 15 tahun lalu.

Beliau gemar bersukan terutamanya bola keranjang dan badminton bersama tiga orang anaknya.
Apabila ditanya petua kekal gembira di samping bergelut dalam arena politik, beliau menjawab, "kita perlu sentiasa gembira dalam arena politik. – 25 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar