Minggu, 15 Desember 2013

Wang Hantaran RM4 67 Juta Dikritik


Shanghai – Seorang lelaki China yang memberi bakal pengantin perempuan wang hantaran berjumlah 8.88 juta yuan (RM4.67 juta), angka yang dianggap bertuah mencetuskan rasa kurang senang orang ramai semalam berikutan paparan kemewahan di negara masih membangun itu.

Kira-kira 18 pengiring mengangkut bakul dan kotak dipenuhi wang terbabit yang semuanya seberat lebih 102 kilogram, lapor akhbar Shanghai Daily.

Gambar menunjukkan bakul buluh disusun dengan kepingan wang tunai 100 yuan berwarna merah dan mempamerkan Mao Zedong, bapa pengasas negara komunis China.

Anggota rombongan lelaki tiba di rumah wanita itu dalam barisan kenderaan mewah diketuai sebuah kereta sport Maserati, kata laporan.

Kejayaan meluas

Peningkatan ekonomi sejak berdekad lamanya berjaya mewujudkan kekayaan meluas di China namun ramai penduduk di luar bandar dan golongan miskin di bandar masih ketinggalan.

“Ia bukan semata-mata mengahwini seorang isteri, tetapi membelinya.

Jika mereka saling menyintai satu sama lain, kemewahan itu tidak perlu ditunjukkan,” tulis seorang pengguna blog mikro popular China, Weibo. AFP

Tidak ada komentar:

Posting Komentar